semalam petang menghabiskan masa di Berjaya Times Square, Jalan Bukit Bintang KL...... dah alang2 ader kerja kat plaza low yat mama bawa anak mama singgah ke Berjaya Time Square tuk makan n lepak2 di Mcd aras 5,,,,,, sambil makan aiman khusuk tengok permaianan yang ader dalam tue tetapi bila ajak main sekali punyalah dia takut sampai kuat dipeluk mamanya, pucat gaklah apa lagi kami pun angkat kaki balik,,,,, mama sambung shopinglh. hehehe
Menjadi keutamaanku keluarga adalah segala-galanya... aku bahagia disisi suami dan anak tercinta
Wednesday, 28 December 2011
Tuesday, 27 December 2011
Jalan-jalan time
Mama suka pg KL n jalan2, anak mama pun sama kami pantang ader masa terluang mesti pg berjalan ( kiranya duit ader kat dompetlah ), baru2 nie mama bawa anak mama g low yat g tengok netbook, apa lagi anak mama pun sukalah.... kebetulan pg sebelah petang apalg KL kan selalu jamed jadi kami pun berhenti kat monorail Bukit Nenas n naik monorail ke low yat,,, anak mama lompat2 kesukaan, dia panggil monorail tue ulat bergerak..... setibanya di low yat anak mama tak mau berjalan dia minta mamanya dokong aduh.... naik tingkat 4 pun masih mau berdokong sampai nak patahlah pinggang mama mendukong dia,,,,,,,, kesudahanya semua benda mama x jadi nak cari sbb anak mama x mau jalan, kat sini mama shere gambar anak kesayangan mama naik ulat....
Monday, 26 December 2011
Anak Mama telah genap 2 tahun
Mikhael Aiman telah genap 2 tahun mengikut kelender islam, ( 01 safar 1433H ). semalam mama dan ayah telah membuat doa selamat sempena ulang tahun kelahiran anak kesayangan mama yang ke2. ayah pula begitu teruja dengan membelikan basikal sebagai hadiah kelahiran. maaf kawan2 x dapat nak kongsi gambar doa selamat smlm, mama terlalu sibuk sampai terlupa nak snap peristiwa menarik.... nie antar gambar menarik anak kesayangan mama
Thursday, 22 December 2011
Program Jejak Perpaduan
Program Jejak Perpaduan 1 Malaysia yang diadakan di DUN Sungai Air Tawar merupakan ilham YAB Dato' Perdana Menteri Malaysia yang bertujuan menyatupadukan kembali ahli UMNO dengan kepimpinan dan sesama ahli di sesuatu kawasan itu, sekaligus menarik kembali kepercayaan pengundi kepada Barisan Nasional amnya dan UMNO khususnya. Program yang bermula di balairaya Kg batu 38 dan berakhir di Pejabat DUN Sungai Air Tawar yang dimana peserta merupakan pengayuh basikal yang telah dilepaskan oleh YAB PM di perlis dan akan berakhir di Kota Anggerik. Peserta konvoi sabak bernam telah dilepaskan oleh YB Datuk Abd Rahman bin Bakri ( Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam ) tepat jam 10.00 pagi di perkarangan balairaya batu 38
Wednesday, 21 December 2011
Anak Mama semakin besar
Menjelang Hujung minggu pasti anak mama akan sibuk
mula mencari mana baju mana seluar
sibuk mencari kunci kereta
sibuk mencari dimana dia letak kasut oren kegemaranya,,,,,
kononnya ajak mama beli jajan
rupanya ajak pusing pasaraya
mujurlah anak mama baru sorang
kalau x mau pengsan mama dan ayah mengikut kehendak anak.
Minggu nie ayahnya mengajak ke Teluk Batik
kononnya relax bersama keluarga
mama memang suka......
anak mama lagilah suka
PERKAHWINAN MENJAUHI ZINA
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System
Untuk mendapat kulit lebih mulus dan jelita, Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System adalah jawapannya. Regimen lengkap untuk mem...
-
Untuk mendapat kulit lebih mulus dan jelita, Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System adalah jawapannya. Regimen lengkap untuk mem...
-
"Kenapa suami aku masih tak mahu solat?" "Apa salah aku sampai anak aku jadi macam ni? "Ya, Allah ka...
-
Lamanya x pg restkan minda sambil cuci mata... Kesempatan ngan cuti sekolah dan belum kerja membawa kami ke teluk batik.. Bersama teman-te...