Wednesday 20 September 2017

Salam Maal Hijrah 1439H

SALAM MAAL HIJRAH 1438H: SAMA-SAMA KITA TEGUR DAN MENYAMPAIKAN
“Hati terasa sangat pedih. Batin seakan ingin menjerit, ingin menghalang semua itu namun anggota badan seakan kaku. Beku. Suara jeritan tersekat di kerongkong.”



Jeritan Hati


Saya yakin, orang yang memiliki hati  yang ‘salim’ (sejahtera) yang Allah pilih untuk kebaikan, pasti hati itu sakit dan menjerit tatkala melihat kejahatan, kemungkaran, penindasan, penganiyaan mahupun kezaliman berlaku di hadapan mata mereka namun ramai di antara kita tidak mampu mencegah dan melarang. Maka hati akan tersayat pedih kerana anggota tidak mampu berbuat apa-apa. Lemah.

Saya akui saya antara orang-orang yang lemah itu. Di saat saya melihat kemungkaran berlaku di hadapan mata, sungguh saya tidak mampu menegur terus secara langsung dengan kata-kata, apatah lagi mencegah dengan anggota badan. Lemahnya terasa iman di hati. Setakat menjerit di dalam hati, apakah ia dapat membantu mencegah kemungkaran tersebut??

Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya.  Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Jika direnungi dari hadis nabi ini,  bagi mereka yang berada sama golongan dengan saya, yang berada di tahap ketiga, sudah tentu kita termasuk di kalangan orang-orang yang paling lemah iman bukan? Kerana terkuncinya mulut kita dan kakunya anggota badan kita untuk mencegah perbuatan mungkar tersebut.

Golongan Yang Mana?

Tetapi, sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada sesetengah manusia yang langsung tidak endah mahupun mempedulikan semua kejahatan yang berlaku dek kerana egoisnya mereka, memandang itu semua tidak ada kaitan dengan diri mereka. Bagi mereka yang tidak termasuk di golongan kami, selemah-lemah iman masih ingin menegur tetapi mereka yang langsung tidak peduli ini, maka nilailah diri anda berada dalam golongan yang mana??

Jika tidak termasuk salah satu pun dari sabda yang Nabi sebutkan, maka berwaspadalah mungkin tiada langsung iman di dalam hati anda.!

Sebab Tidak Mampu Menegur

 Sememangnya banyak sebab jika ditanya kenapa kita tidak mampu menegur dengan lisan apatah lagi dengan anggota badan.

“Dia sahabat baik saya, kalau saya tegur, mesti dia akan kecik hati dengan saya”
“Saya tidak beranilah, umur dia lebih tua dari saya”
“Siapalah saya ni nak tegur-tegur orang, saya jahil tentang ilmu agama sedangkan dia lebih alim dari saya”
“Takutlah nak tegur, kalau dia marah dan mengamuk nanti kita juga yang susah”
“Saya tidak layak untuk menegur dirinya, sayapun banyak silap juga”

Salah satu dari ucapan-ucapan itu, tidak dinafikan diri saya juga merasakan perkara yang sedemikian. Sememangnya kita lebih senang memilih senyap dan diam, lantaran tidak mampu untuk melontarkan teguran dengan kata-kata apatah lagi menghalang dengan anggota badan.

Terus Lemah Iman?


 Tetapi iman terus berperang, sampai bila mahu lemah iman seperti ini?? Itulah juga cabaran bagi diri saya sebagai pendakwah. Menegur dan menyampaikan sesuatu kebenaran amatlah payah dan pahit untuk diterima oleh kebanyakan orang.

Justeru, persoalan utamanya; apa kita mahu sentiasa berada di golongan itu, orang-orang yang lemah imannya kerana hanya mampu menegur di dalam hati??

Tidak! Iman saya tidak meredhai. Saya tidak mahu terus-terusan berada dalam golongan ketiga, terus lemah iman, malah semakin lemah imannya.

Menegur Dan Menyampaikan Dengan BerHikmah

Sememangnya ‘Menegur’ dan ‘Menyampaikan’ dua perkara yang berbeza namun hakikatnya satu. Ianya memerlukan ‘Cara Yang Berhikmah’. Dalam teguran, kita menyampaikan. Dalam menyampaikan secara tidak langsung terselit sebuah teguran. Dan kedua-duanya akan menjadi cukup cantik jika dilakukan dengan cara yang berhikmah. 

Begitulah ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Baginda menggunakan manhaj penyampaian dakwah dengan cara yang cukup berhikmah sehingga semua orang dapat menerima seruan Nabi. Malah pembesar-pembesar Quraisy yang musyrik turut tertarik untuk memeluk agama Islam lantaran keindahan cara Nabi berdakwah.

“Serulah (semua manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik” (An-Nahl:125)

Berdasarkan firman Ilahi di atas, maka saya seru diri saya dan anda semua; Marilah kita sama-sama ubah diri ke arah lebih baik, tetapi dalam masa yang sama kita juga menegur dan menyampaikan dakwah setakat termampu kita. 

Kita Semua Mampu Mengubahnya!

Dakwah bukan terhad dan terbatas disampaikan oleh orang-orang yang mengaji agama sahaja, tetapi ia adalah tanggungjawab muslim seluruhnya. Kita semua mampu melakukannya asalkan kita mahu dan kita tidak jemu berusaha meningkatkan iman kita dari satu peringkat ke satu peringkat berdasarkan hadis tersebut.

Mungkin selama ini kita berdiam diri, tetapi iman kita tidak boleh terus menyepi lagi. Jika sebelum ini kita melihat sesuatu maksiat dan kemungkaran berlaku di hadapan mata, dan hati kita cuma mampu menjerit di dalam hati, maka ubahlah. 

Kita juga mampu menyampaikan dengan lisan. Cuma mungkin ianya tanpa suara, seperti teknologi sekarang lebih memudahkan medium kita untuk berdakwah antaranya telefon, mesej, facebook, twitter, chatting, laman blog dan banyak lagi. Manfaatkan ia sebaik mungkin untuk dakwah.

Mulakan Langkah

Dan saya telah memulakan langkah dengan menulis dan mencipta blog ini. Matlamatnya satu, menegur dan menyampaikan dengan cara berhikmah, setakat termampu untuk mengingatkan kepada diri saya dan berpesan kepada orang lain juga. Ini azam saya sempena tahun baru Maal Hijrah ke-1432. Kesimpulannya, mari sama-sama kita renungi kalam Ilahi yang bermaksud;

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-’Asr :1-3)



Wednesday 24 May 2017

SUAMIKU TAK ROMANTIK


Image result for suamiku tidak romantik

SUAMIKU TAK ROMANTIK

Akhirnya, mari kita ubah ayat-ayat keluhan di atas kepada bicara berisi pujian yang menyubur cinta. 


”Suamiku memang tak romantik.. Kerana...

Romantiknya dia tak persis hero Hindustan pujaan semua...

Romantik suamiku amat berbeza dari pencinta wanita dalam sinetron dan cerekarama..

Lantaran... 

Romantik suamiku adalah pada meneliti pakai dan gayaku sebelum menjauh dari penglihatannya... Agar dengannya aku menjadi seorang muslimah; 'afifah dan solehah...walau di mana aku berada..

Romantiknya suamiku... 
Pada senyuman, lawak jenaka dan pelukan eratnya setiap kali bertemu... Dengannya aku merasa begitu disayangi dan dihargai.. Hilang penat mengurus ragam anak-anak yang begitu begini...

Romantiknya suamiku...
Pada nasihat dan teguran... Agar aku tidak melewati batasan sebagai isteri dan Mama... Kerana katanya aku ini contoh ikutan anak gadis kami...

Romantiknya suamiku...
Pada menyediakan keperluan selesa untukku dan permata hati tercinta...

Romantiknya suamiku…
Pada mendidik anak-anak dan mengatur peraturan...Agar mereka mengenal batas dan sempadan kebenaran...

Dan romantiknya suamiku... 
Walau lafaz sayang jarang diucapkan...Namun bicaranya tika aku keraguan : 
"Cinta kita cinta orang lama, namun segarnya masih terasa...."

Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan dan kesungguhannya di dunia yang sementara hingga ke akhirat yang kekal di sana..



Alhamdulillah wa syukrulillah! 

Bukankah begini lebih molek? Semoga kita menjadi isteri-isteri yang mensyukuri kebaikan suami.

Jumpa lagi, in shaa ALLAH.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Thursday 2 February 2017



Nak berubah bukannya mudah tetapi tidaklah susah.

Ada yang ingin menutup aurat yang sudah lama terdedah tetapi terbelenggu dek tuntutan kerjaya mahupun arus fesyen moden masakini. Hajat di hati berkobar-kobar mahu bertudung dan berjubah semula, namun niat hanya tinggal niat; yang ditangguh-tangguh hari demi hari.


Ada pula yang mahu berhijrah dari hidup yang tidak tentu arah kepada yang lebih baik. Cemburu melihat rakan-rakan yang sudah teratur jalannya berbanding diri sendiri yang masih merangkak-rangkak mencari kematangan iman. Cuma bila tiba esok hari yang dirancang sebagai permulaan detik baru, semangat terus hilang bagaikan misteri.

Ramai yang mahu berubah; dari keburukan ke arah kebaikan, dari bergelumang dosa ke arah kehidupan berpahala, dari jalan ke neraka ke jalan menuju syurga. Kerana fitrah kita dijadikan juga asalnya baik, bertepatan dengan firman Allah SWT:-

"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian" 

Surah at-Tin 95:04

Lalu saya tanyakan kepada semua:-

Apakah kita benar-benar ingin berubah ataupun sekadar berniat untuk menyedapkan hati sahaja?

Saya pernah melihat seorang kenalan yang datang mengadu kepada saya perihal dirinya yang serba tidak kena dalam hidup. Biarpun dia telah memiliki kerjaya yang stabil, kehidupan yang mewah dan lingkungan sosial yang baik; namun dia tetap tidak terasa tenang dan bahagia.

Pernah juga dia berazam untuk berubah, menetapkan waktu permulaan seperti awal Tahun Baru Masihi ataupun Tahun Baru Islam dan sebagainya. Tetapi apabila dia ingin melaksanakan perubahan itu, seolah-olah ada sesuatu dalam dirinya sendiri yang mensabotaj usahanya.

Disebabkan itulah dia masih di takuk yang lama.

Saya memahami situasi yang dialami oleh kenalan saya itu. Perubahan memerlukan kesabaran, kekuatan dan kesungguhan. Perubahan perlu disertai dengan pengorbanan, tanggungjawab dan keikhlasan. Itulah 'harga' sebuah perubahan yang perlu dibayar jika inginkan hasilnya di kemudian hari.

Seperti saya katakan sebelum ini:-

"Berubah bukannya mudah tetapi tidaklah susah"

Tetapkan di dalam hati ini yang mana kita mahu berubah kerana Allah SWT. Itulah matlamat utama yang perlu disematkan terlebih dahulu sebelum perkara-perkara lain. Apabila Allah SWT dibesarkan, akhirat diutamakan, maka nilaian dunia ini menjadi murah dan kecil sekali di mata kita. Ketika itulah segala-galanya dipertaruhkan demi untuk mendapat redha dan syurga Allah SWT.

Kerana dari Allah SWT sahaja kita akan mendapat pertolongan dan kekuatan hati dalam menempuh segala ujian yang mendatang. 

Ingatlah pesan Rasulullah SAW ini:-

"Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti." 

Hadith Riwayat al-Baihaqi

Sudah sampai masanya untuk kita jauhi sikap berdolak dalikberlengah-lengah serta tidak bersunguh-sungguh dalam setiap apa yang kita lakukan. DNA keburukan dalam diri ini perlu dikikis dan ditukar dengan elemen-elemen yang menjurus ke arah kebaikan dan kemuliaan

Jangan sesekali kita menenggelamkan diri dalam timbunan alasan dan keraguan yang hanya menipu diri kita. Bangkitlah dari lena dan humbankan segala kelemahan yang memerangkap hidup kita dari terjerat dengan tipu daya syaitan.

Seseorang pernah berkata kepada saya:-

"Hanya orang bodoh sahaja yang melakukan perkara yang sama dengan cara yang sama setiapkali tetapi mengharapkan hasil yang berbeza."

Oleh itu, jika kita mahu berubah, adakah kita mahu ulangi kesilapan yang sama yang tidak memberikan apa-apa perubahan di akhirnya?

Wallahu'alam

Mikhael dan sekolah

Biarlah Gambar Berbicara 

2017 tahun anak mama melangkah ke darjah 1 












Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System

Untuk mendapat kulit lebih mulus dan jelita, Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System adalah jawapannya. Regimen lengkap untuk mem...