Wednesday, 4 January 2012

Hari pertama di kantin sekolah





Hari Pertama di Kantin Sekolah 

Semalam pelajar-pelajar telah memulakan tugasan mereka di tahun baru 2012. ini bermakna Kantin SRA Kg Banting juga perlu beroperasi seperti biasa,,,,,  sudah tentulah kesibukan kembali menjengah mama aiman kerana tepat jam 1 mama dah perlu ada dirumah untuk menghantar barang ke kantin, jam 2.30 perlu berkejar semula ke pejabat kerana ada urusan yang belum selesai, aiman apa lagi punyalah suka, sbb sebelah petang dia akan ikut mama pergi pejabat, mujur bos mama sporting jadi lehlah anak mama ikut ke pejabat. jam 4 bila mama x buzy, mama akan pg kantin membantu sehingga jam 4.30 pastu balik office semula sehinggalah jam 6.00 petang waktu tamat berkerja......

Monday, 2 January 2012

Suka-suka ditahun baru 2012


Tahun baru 2012

Anak mama berusia 2 tahun bila masuk jea tahun 2012
dah besar upanya mikhael aiman nie
heheh
rasanya macam baru semalam mama lahirkan aiman nie
tup...tup dah dua tahun anak kesayangan mama nie.....
kejap lagi aiman dah nak sambut birthday genap 2 tahun kelender masihi 2012
xtau apa perancangan mama dan ayah nak celebrate birthday anak mama ke 2 nie








sempena tahun baru nie mama bawa anak mama jenjalan ke pantai BNO
bukan main suka dia kesana ke sini kat pantai...
lompat sana lompat sini,,,,
posing sana posing sini....
sampai penat mama mengikutkannya,,,,,

Wednesday, 28 December 2011

Jalan-jalan lagi




semalam petang menghabiskan masa di Berjaya Times Square, Jalan Bukit Bintang KL...... dah alang2 ader kerja kat plaza low yat mama bawa anak mama singgah ke Berjaya Time Square tuk makan n lepak2 di Mcd aras 5,,,,,, sambil makan aiman khusuk tengok permaianan yang ader dalam tue tetapi bila ajak main sekali punyalah dia takut sampai kuat dipeluk mamanya, pucat gaklah apa lagi kami pun angkat kaki balik,,,,, mama sambung shopinglh. hehehe

Tuesday, 27 December 2011

Jalan-jalan time


Mama suka pg KL n jalan2, anak mama pun sama kami pantang ader masa terluang mesti pg berjalan ( kiranya duit ader kat dompetlah ), baru2 nie mama bawa anak mama g low yat g tengok netbook, apa lagi anak mama pun sukalah.... kebetulan pg sebelah petang apalg KL kan selalu jamed jadi kami pun berhenti kat monorail Bukit Nenas n naik monorail ke low yat,,, anak mama lompat2 kesukaan, dia panggil monorail tue ulat bergerak..... setibanya di low yat anak mama tak mau berjalan dia minta mamanya dokong aduh.... naik tingkat 4 pun masih mau berdokong sampai nak patahlah pinggang mama mendukong dia,,,,,,,, kesudahanya semua benda mama x jadi nak cari sbb anak mama x mau jalan, kat sini mama shere gambar anak kesayangan mama naik ulat....

Monday, 26 December 2011

Anak Mama telah genap 2 tahun


Mikhael Aiman telah genap 2 tahun mengikut kelender islam, ( 01 safar 1433H ). semalam mama dan ayah telah membuat doa selamat sempena ulang tahun kelahiran anak kesayangan mama yang ke2. ayah pula begitu teruja dengan membelikan basikal sebagai hadiah kelahiran. maaf kawan2 x dapat nak kongsi gambar doa selamat smlm, mama terlalu sibuk sampai terlupa nak snap peristiwa menarik.... nie antar gambar menarik anak kesayangan mama 

Thursday, 22 December 2011

Program Jejak Perpaduan

Program Jejak Perpaduan 1 Malaysia yang diadakan di DUN Sungai Air Tawar merupakan ilham YAB Dato' Perdana Menteri Malaysia yang bertujuan menyatupadukan kembali ahli UMNO dengan kepimpinan dan sesama ahli di sesuatu kawasan itu, sekaligus menarik kembali kepercayaan pengundi kepada Barisan Nasional amnya dan UMNO khususnya. Program yang bermula di balairaya Kg batu 38 dan berakhir di Pejabat  DUN Sungai Air Tawar yang dimana peserta merupakan pengayuh basikal yang telah dilepaskan oleh YAB PM di perlis dan akan berakhir di Kota Anggerik. Peserta konvoi sabak bernam telah dilepaskan oleh YB Datuk Abd Rahman bin Bakri ( Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam ) tepat jam 10.00 pagi di perkarangan balairaya batu 38

Wednesday, 21 December 2011

Anak Mama semakin besar


Menjelang Hujung minggu pasti anak mama akan sibuk
mula mencari mana baju mana seluar 
sibuk mencari kunci kereta 
sibuk mencari dimana dia letak kasut oren kegemaranya,,,,, 

kononnya ajak mama beli jajan 
rupanya ajak pusing pasaraya
mujurlah anak mama baru sorang 
kalau x mau pengsan mama dan ayah mengikut kehendak anak. 

Minggu nie ayahnya mengajak ke Teluk Batik 
kononnya relax bersama keluarga 
mama memang suka......
anak mama lagilah suka




Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System

Untuk mendapat kulit lebih mulus dan jelita, Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System adalah jawapannya. Regimen lengkap untuk mem...