Monday, 26 February 2018

Fungsi dan manfaat Oil-Free Hydrating Gel



Assalamualaikum dan hai MK lovers..

Hari ni saya nak share satu produk dari Mary Kay yg tak ramai antara kita tahu akan manfaat dan kebaikannya..

Lets meet and greet Oil-free Hydrating Gel atau nm manjanya OFHG.





OFHG ini adalah produk MK yg dikategorikan sebagai supplement.. OFHG ni pn salah satu dari moisturizer/hydrate.


Kalo kita lihat dari nama,kite blh andaikn produk ni bertujuan untuk mengurangkan kewujudan minyak pada wajah.. jadi OFHG ni sgt sesuai digunakan oleh MK lovers yg mempunyai kulit berminyak atau kombinasi..


Jom kita lihat fungsi OFHG ni..
✔Tekstur gel yang sangat ringan dan mudah meresap
✔Mengawal minyak dan melembapkan kulit
✔Selain berfungsi sebagai pelembap,OFHG juga sesuai dijadikan make up based sepaya bedak tahan lama.
✔Bertindak sebagai cooling gel.
✔Meredakan kulit yang pernah mengalami pengelupasan dan rosak akibat produk yang mengandungi merkuri dan hyroquinone juga kulit yang mempunyai jerawat kemerah-merahan.


Selepas consultation, sesetengah customer saya akan suggest OFHG ni. Antara sbbny adalah:


1. Pernah menggunakan produk pengelupasan


Bagi sesetengah customer yg pernah menggunakan produk pengelupasan, OFHG ni mmg sgt digalakkan.. produk pengelupasan ni biasanya mengandungi kandungan merkuri dan hyroquinone yg tinggi.. Kedua-dua bahan ni mampu bertahan dlm kulit untuk tempoh yang lama.. selalunya saya akan suggest customer untuk berhenti dr penggunaan produk tersebut selama 2 hingga 4 mggu bagi membolehkan bahan-bahan kimia td keluar dgn sendiri dan sel kulit baru regenate secara natural.. kemudian sepanjang proses tu saya akan suggest customer untuk cuci muke dgn air sejuk atau susu segar untuk mempercepatkan proses tersebut.. kemudian, saya akan suggest cleanser Botanical (mengikut jenis kulit) dan OFHG atau intense moisturizer (mengikut jenis kulit). Selepas habis penggunaan OFHG atau intense moisturizer, barulaa kite completekan set Botanical td.


2. Mempunyai jerawat yang kemerah-merahan


Kulit yang merah tandanya kulit menghadapi keradangan. Penggunaan OFHG ni boleh membantu untuk cooling process.


Untuk pertanyaan atau consultation, boleh Call/Watsapp saya.


Wednesday, 24 January 2018

TUKAR SKINCARE


TIPS MACAM MANE NAK TUKAR SKINCARE.

Nak tukar skincare pun ade cara dia tau. Bukan main guna atau tukar je. Takut-takut kesan gabungan produk lama di wajah korang dgn produk baru boleh menjadi racun pulak, Ini dia cara penukaran skincare yang betul dan selamat.

1. Stop guna previous skincare dalam 7-14 hari. Boleh apply pelembap secara halus untuk elak kulit kering. Doktor suggest hanya basuh air suam selalu pada muka @ guna hampas tea yang da guna buat air tu ...

2. Membiarkan wajah neutral selama 7 hari sekurangya, iaitu membiarkan wajah anda bebas dari sebarang produk. Penerimaan kulit kita berbeza-beza, takut juga kulit kita terkejut dgn kedatangan produk baru.

3. Bila dah gune skincare baru, berlaku sesetengah jenis kulit dimana akan timbul jerawat, rashes, dry skin, oily (disebabkan effect mercury skincare lama/ effect stop guna).

4. Jika produk anda biasa shj, tiada merkuri dan wajah korang ok. 1-2 hari sudah ckup untuk neutralkn wajah anda then, boleh trus tukar skincare.
[ *Penting - Bagi yang nak guna Skincare yang bebas mercury, korang dah boleh mula stop pengunaan skincare lama utk anda semua😍😍😍😍


untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi 
Beauty Consultant Mary Kay 
Saadah 
0192845623


Sunday, 21 January 2018

Cleanser MARY KAY

Masih tercari2 cleanser yang bersesuaian dengan kulit anda??

Haaaa... tgk tu...mcm2 jenis cleanser Mary Kay...nak yang mana 1??!!


1. Early Aging (Timewise)2. Advanced Aging (Timewise Repair)3. Uneven Skintone (Melacep Luminious System)4. Berjerawat (Clearproof)5. Abam2 macho (MKMen)


Let me know your skin needs... and I will power up your skincare with Skinvigorate Cleansing Brush for BEST RESULT...Nak cuba FREE??!!! Meh sembang2 ngan hakak....


Saadah 

0192845623

Wednesday, 17 January 2018

Penjagaan Kulit by Mary Kay


Kulit wajah akan mula menunjukkan tanda- tanda penuaan seawal usia 25 tahun, awalnya 😲😲."Timewise Miracle Set" ialah set anti penuaan dari Mary Kay, memberi kepuasan dan jaminan yang kulit anda akan kelihatan lebih muda dari usia anda.
Mary Kay mengutamakan kepuasan pelanggan. Anda disaran untuk mencuba produk sebelum pembelian bagi memastikan anda juga di beri pendidikan tentang cara penggunaan produk
.
Berminat mencuba produk? Jom PM atau Wassap saya untuk menempah temujanji "PERCUMA" anda bersama Konsultant Kecantikan Mary Kay di lokasi pilihan anda
.
Bawa 3 rakan baik anda menyertai temujanji dan ada hadiah misteri menanti anda 🎁🎁Hanya di dunia Mary Kay 💋💄💋💄
Di mana kecantikan dan kegembiraan di kongsi bersama 😚😚Berminat nak beli? Eh cuba dulu sebelum beli



Saadah 
0192845623


Tuesday, 16 January 2018

JOM BELAJAR SYUKTUR KULIT

hyeee semua.....saya nak cerita sikit  & nk kongsikan sikit lah ilmu berkaitan kulit muka...uoll tau x knp saya suka  cerita kat uoll soh jaga muka,buang sel kulit mati,cuci muka bersih2,korang tau x knp..

sebenarnya sgtlah penting lapisan epidermis kita tu dijaga,setiap ciptaan pasti bersebab ....tp ini realiti,lapisan epidermis perlu di bersihkn untuk memudahkan kulit kita berkerja.faham...setiap 48jam sel kulit mati akn terhasil SO klau kita xbuang dyer akn berfungsi sebgai 
perangkap...macam uoll jaring ikan tu

apabila kotoran terkumpul didalam liang pori NAAHHHH akn terjadilah whitehead dan blackhead..sekian,jadi itulah perkongsian sikit hari ini...sila rujuk gambar disertakan.



I'am Beauty Consultant Mary Kay 
Nor Saadah 
0192845623

Wednesday, 20 September 2017

Salam Maal Hijrah 1439H

SALAM MAAL HIJRAH 1438H: SAMA-SAMA KITA TEGUR DAN MENYAMPAIKAN
“Hati terasa sangat pedih. Batin seakan ingin menjerit, ingin menghalang semua itu namun anggota badan seakan kaku. Beku. Suara jeritan tersekat di kerongkong.”



Jeritan Hati


Saya yakin, orang yang memiliki hati  yang ‘salim’ (sejahtera) yang Allah pilih untuk kebaikan, pasti hati itu sakit dan menjerit tatkala melihat kejahatan, kemungkaran, penindasan, penganiyaan mahupun kezaliman berlaku di hadapan mata mereka namun ramai di antara kita tidak mampu mencegah dan melarang. Maka hati akan tersayat pedih kerana anggota tidak mampu berbuat apa-apa. Lemah.

Saya akui saya antara orang-orang yang lemah itu. Di saat saya melihat kemungkaran berlaku di hadapan mata, sungguh saya tidak mampu menegur terus secara langsung dengan kata-kata, apatah lagi mencegah dengan anggota badan. Lemahnya terasa iman di hati. Setakat menjerit di dalam hati, apakah ia dapat membantu mencegah kemungkaran tersebut??

Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya.  Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Jika direnungi dari hadis nabi ini,  bagi mereka yang berada sama golongan dengan saya, yang berada di tahap ketiga, sudah tentu kita termasuk di kalangan orang-orang yang paling lemah iman bukan? Kerana terkuncinya mulut kita dan kakunya anggota badan kita untuk mencegah perbuatan mungkar tersebut.

Golongan Yang Mana?

Tetapi, sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada sesetengah manusia yang langsung tidak endah mahupun mempedulikan semua kejahatan yang berlaku dek kerana egoisnya mereka, memandang itu semua tidak ada kaitan dengan diri mereka. Bagi mereka yang tidak termasuk di golongan kami, selemah-lemah iman masih ingin menegur tetapi mereka yang langsung tidak peduli ini, maka nilailah diri anda berada dalam golongan yang mana??

Jika tidak termasuk salah satu pun dari sabda yang Nabi sebutkan, maka berwaspadalah mungkin tiada langsung iman di dalam hati anda.!

Sebab Tidak Mampu Menegur

 Sememangnya banyak sebab jika ditanya kenapa kita tidak mampu menegur dengan lisan apatah lagi dengan anggota badan.

“Dia sahabat baik saya, kalau saya tegur, mesti dia akan kecik hati dengan saya”
“Saya tidak beranilah, umur dia lebih tua dari saya”
“Siapalah saya ni nak tegur-tegur orang, saya jahil tentang ilmu agama sedangkan dia lebih alim dari saya”
“Takutlah nak tegur, kalau dia marah dan mengamuk nanti kita juga yang susah”
“Saya tidak layak untuk menegur dirinya, sayapun banyak silap juga”

Salah satu dari ucapan-ucapan itu, tidak dinafikan diri saya juga merasakan perkara yang sedemikian. Sememangnya kita lebih senang memilih senyap dan diam, lantaran tidak mampu untuk melontarkan teguran dengan kata-kata apatah lagi menghalang dengan anggota badan.

Terus Lemah Iman?


 Tetapi iman terus berperang, sampai bila mahu lemah iman seperti ini?? Itulah juga cabaran bagi diri saya sebagai pendakwah. Menegur dan menyampaikan sesuatu kebenaran amatlah payah dan pahit untuk diterima oleh kebanyakan orang.

Justeru, persoalan utamanya; apa kita mahu sentiasa berada di golongan itu, orang-orang yang lemah imannya kerana hanya mampu menegur di dalam hati??

Tidak! Iman saya tidak meredhai. Saya tidak mahu terus-terusan berada dalam golongan ketiga, terus lemah iman, malah semakin lemah imannya.

Menegur Dan Menyampaikan Dengan BerHikmah

Sememangnya ‘Menegur’ dan ‘Menyampaikan’ dua perkara yang berbeza namun hakikatnya satu. Ianya memerlukan ‘Cara Yang Berhikmah’. Dalam teguran, kita menyampaikan. Dalam menyampaikan secara tidak langsung terselit sebuah teguran. Dan kedua-duanya akan menjadi cukup cantik jika dilakukan dengan cara yang berhikmah. 

Begitulah ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Baginda menggunakan manhaj penyampaian dakwah dengan cara yang cukup berhikmah sehingga semua orang dapat menerima seruan Nabi. Malah pembesar-pembesar Quraisy yang musyrik turut tertarik untuk memeluk agama Islam lantaran keindahan cara Nabi berdakwah.

“Serulah (semua manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik” (An-Nahl:125)

Berdasarkan firman Ilahi di atas, maka saya seru diri saya dan anda semua; Marilah kita sama-sama ubah diri ke arah lebih baik, tetapi dalam masa yang sama kita juga menegur dan menyampaikan dakwah setakat termampu kita. 

Kita Semua Mampu Mengubahnya!

Dakwah bukan terhad dan terbatas disampaikan oleh orang-orang yang mengaji agama sahaja, tetapi ia adalah tanggungjawab muslim seluruhnya. Kita semua mampu melakukannya asalkan kita mahu dan kita tidak jemu berusaha meningkatkan iman kita dari satu peringkat ke satu peringkat berdasarkan hadis tersebut.

Mungkin selama ini kita berdiam diri, tetapi iman kita tidak boleh terus menyepi lagi. Jika sebelum ini kita melihat sesuatu maksiat dan kemungkaran berlaku di hadapan mata, dan hati kita cuma mampu menjerit di dalam hati, maka ubahlah. 

Kita juga mampu menyampaikan dengan lisan. Cuma mungkin ianya tanpa suara, seperti teknologi sekarang lebih memudahkan medium kita untuk berdakwah antaranya telefon, mesej, facebook, twitter, chatting, laman blog dan banyak lagi. Manfaatkan ia sebaik mungkin untuk dakwah.

Mulakan Langkah

Dan saya telah memulakan langkah dengan menulis dan mencipta blog ini. Matlamatnya satu, menegur dan menyampaikan dengan cara berhikmah, setakat termampu untuk mengingatkan kepada diri saya dan berpesan kepada orang lain juga. Ini azam saya sempena tahun baru Maal Hijrah ke-1432. Kesimpulannya, mari sama-sama kita renungi kalam Ilahi yang bermaksud;

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-’Asr :1-3)



Wednesday, 24 May 2017

SUAMIKU TAK ROMANTIK


Image result for suamiku tidak romantik

SUAMIKU TAK ROMANTIK

Akhirnya, mari kita ubah ayat-ayat keluhan di atas kepada bicara berisi pujian yang menyubur cinta. 


”Suamiku memang tak romantik.. Kerana...

Romantiknya dia tak persis hero Hindustan pujaan semua...

Romantik suamiku amat berbeza dari pencinta wanita dalam sinetron dan cerekarama..

Lantaran... 

Romantik suamiku adalah pada meneliti pakai dan gayaku sebelum menjauh dari penglihatannya... Agar dengannya aku menjadi seorang muslimah; 'afifah dan solehah...walau di mana aku berada..

Romantiknya suamiku... 
Pada senyuman, lawak jenaka dan pelukan eratnya setiap kali bertemu... Dengannya aku merasa begitu disayangi dan dihargai.. Hilang penat mengurus ragam anak-anak yang begitu begini...

Romantiknya suamiku...
Pada nasihat dan teguran... Agar aku tidak melewati batasan sebagai isteri dan Mama... Kerana katanya aku ini contoh ikutan anak gadis kami...

Romantiknya suamiku...
Pada menyediakan keperluan selesa untukku dan permata hati tercinta...

Romantiknya suamiku…
Pada mendidik anak-anak dan mengatur peraturan...Agar mereka mengenal batas dan sempadan kebenaran...

Dan romantiknya suamiku... 
Walau lafaz sayang jarang diucapkan...Namun bicaranya tika aku keraguan : 
"Cinta kita cinta orang lama, namun segarnya masih terasa...."

Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan dan kesungguhannya di dunia yang sementara hingga ke akhirat yang kekal di sana..



Alhamdulillah wa syukrulillah! 

Bukankah begini lebih molek? Semoga kita menjadi isteri-isteri yang mensyukuri kebaikan suami.

Jumpa lagi, in shaa ALLAH.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System

Untuk mendapat kulit lebih mulus dan jelita, Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System adalah jawapannya. Regimen lengkap untuk mem...