Wednesday, 27 November 2013

Doa Pelembut Hati Suami, Isteri, Anak dan Sesiapa Sahaja InsyaAllah


"Kenapa suami aku masih tak mahu solat?"

"Apa salah aku sampai anak aku jadi macam ni?

"Ya, Allah kau kurniakanlah kesabaran dalam hati aku ini, Amin.."

Pening memikirkan cara menyelesaikan masalah rumah tangga anda??

Setiap orang mahukan rumah tangga yang bahagia. Suasana keluarga yang harmoni di tambah dengan kesabaran suami / isteri bekerjasama mendidik anak pasti sangat mengujakan.

Namun tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Pasti dilanda badai, berombak, beralun bahtera yang sama-sama dibina dan dinaiki oleh suami isteri. 

"Sabar adalah jalan terbaik. Biasalah tu, rumah tangga mana ada sunyi setiap masa. Bersabarlah ye~"


      Sampai bila kita mahu bersabar kalau perkara yang sama sahaja berulang yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan kita? Sikap suami yang sambil lewa mengabaikan tanggungjawab, isteri yang tidak mendengar kata suami dan anak-anak yang degil selalu membuat masalah!

Jangan risau, ada doa pelembut hati suami, isteri, anak dan sesiapa sahaja insyaAllah.

        Nabi ada berpesan, apabila kamu ingin menyelesaikan apa sahaja masalah, rujuklah al-Quran. Doa ini merupakan ayat daripada surah Taha yang telah diajar oleh Ustaz Haron Din dalam Darussyifa' bertujuan untuk melembutkan hati.


Bismillahhirrahmanirrahim

Surah Taha ayat 1 hingga 5

Pengertiannya :
1.  Thaahaa.

2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.

5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.



Cara membaca :

1)Sediakan air kosong.

2)Baca surah al-fatihah diikuti dengan Surah Taha ayat 1 hingga 5 di atas.

3)Tiupkan pada air tersebut diniatkan supaya melembutkan hati sesiapa yang diingini.

4)Beri minum air ini kepada orang yang ingin dilembutkan hatinya. Dengan izin Allah berhasil.

No comments:

Post a Comment

Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System

Untuk mendapat kulit lebih mulus dan jelita, Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System adalah jawapannya. Regimen lengkap untuk mem...