Thursday, 2 February 2017

Tuesday, 8 March 2016

my family day

Alhamdulillah baru diberi kesempatan menulis di ruangan ini,,, setahun menyepi dari menulis dan meninggalkan kenangan di blog ini untuk tatapan semua....
kekangan masa bersama keluarga, kerjaya dan masyarakat membataskan masa untuk mencoretkan sesuatu di laman ini. kesian anak-anak mama lama mama x upload sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama....

Alhamdulillah kehadiran 2016 ini memberikan sinar kebahagiaan buat keluarga kami semua,,, abang muhammad mikhael aiman sudah berusia 6 tahun sementara adik pula nuradriana baiti baru memasuki usia 2 tahun.... akibat kekangan masa tahun 2015 mama x sempat membawa anak-anak berjalan merentasi sempadan negeri-negeri di malaysia. berkesempatan itu pada 13&14 februari yang lepas sempena birthday si kecik kita pergi bercuti menjalani terapi minda ke pulau pangkor.... disini mama sertakan aktiviti bercuti buat semua...

sementara itu dicoretan ini juga mama selitkan beberapa gambar sempena sambutan birthday anak-anak mama pada bulan januari dan februari yang lalu... diharapkan sudi-sudilah melihat foto family ku,,,,













 Birthday Muhammad Mikhael Aiman yang ke-6










Birthday Nuradriana Baiti yang-2






Wednesday, 18 June 2014

My Little Princess

Kelahiran permata hati kedua melengkapkan lagi kebahagian kami sekeluarga. Kehadiran puteri penyeri dan pelengkap kehidupan berkeluarga.  Dilahirkan pada 13 Februari 2014 puteri kami diberi nama Nur Adriana Baiti. Selepas 4 tahun dari kelahiran yang pertama Muhammad Mikhael Aiman.  Muhammad Mikhael Aiman dan Nur Adriana Baiti permata hati yang perlu dicorakan untuk menempuhi hari mendatang.






Wednesday, 27 November 2013

Doa Pelembut Hati Suami, Isteri, Anak dan Sesiapa Sahaja InsyaAllah


"Kenapa suami aku masih tak mahu solat?"

"Apa salah aku sampai anak aku jadi macam ni?

"Ya, Allah kau kurniakanlah kesabaran dalam hati aku ini, Amin.."

Pening memikirkan cara menyelesaikan masalah rumah tangga anda??

Setiap orang mahukan rumah tangga yang bahagia. Suasana keluarga yang harmoni di tambah dengan kesabaran suami / isteri bekerjasama mendidik anak pasti sangat mengujakan.

Namun tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Pasti dilanda badai, berombak, beralun bahtera yang sama-sama dibina dan dinaiki oleh suami isteri. 

"Sabar adalah jalan terbaik. Biasalah tu, rumah tangga mana ada sunyi setiap masa. Bersabarlah ye~"


      Sampai bila kita mahu bersabar kalau perkara yang sama sahaja berulang yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan kita? Sikap suami yang sambil lewa mengabaikan tanggungjawab, isteri yang tidak mendengar kata suami dan anak-anak yang degil selalu membuat masalah!

Jangan risau, ada doa pelembut hati suami, isteri, anak dan sesiapa sahaja insyaAllah.

        Nabi ada berpesan, apabila kamu ingin menyelesaikan apa sahaja masalah, rujuklah al-Quran. Doa ini merupakan ayat daripada surah Taha yang telah diajar oleh Ustaz Haron Din dalam Darussyifa' bertujuan untuk melembutkan hati.


Bismillahhirrahmanirrahim

Surah Taha ayat 1 hingga 5

Pengertiannya :
1.  Thaahaa.

2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.

5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.



Cara membaca :

1)Sediakan air kosong.

2)Baca surah al-fatihah diikuti dengan Surah Taha ayat 1 hingga 5 di atas.

3)Tiupkan pada air tersebut diniatkan supaya melembutkan hati sesiapa yang diingini.

4)Beri minum air ini kepada orang yang ingin dilembutkan hatinya. Dengan izin Allah berhasil.

Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System

Untuk mendapat kulit lebih mulus dan jelita, Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System adalah jawapannya. Regimen lengkap untuk mem...